Monday, April 27, 2020 | By: Kersani Art Studio

Salam Permulaan



Keindahan itu merupakan seni, dan kesenian itu adalah indah...sesuatu yang dirasakan mempunyai kesempurnaan, akan merasa nikmat apabila ditatap dan apatah lagi jika dimiliki, apa pun yang terlakar bersama ketulusan..maka di situ terjalarnya keindahan...bersilang kata...lingkah kita dalam banyak perkara...biarpun kita semakin menuju kemajuan namun kita seakan anakronisme...mundur dalam banyak perkara...mula untuk lahir dalam sebuah makna yang tak ditafsirkan dengan kebijaksanaan, maka seni juga mentafsirkan bahawa telah rosaknya keindahan...dalam relungan mayarakat, suasana, dan persekitaran yang sepatutnya aman untuk tatapan mata, paling menyakitkan apabila keunggulan seni itu dipakasa tunduk pada ketidakbenaran kehendak kesenian..tidak cukup dengan itu, ia dicemar, dihilangserikan dan dipijak-pijak dek kebutaan nilaian maruah sebenar sesebuah seni..disongsangkan dengan kekerasan dan ketidakseimbangan sesuatu seni...bagiku kesenian itu amatlah lembut...ia mengurai akalmu untuk menyatakan ianya indah...ianya juga harus dipelihara dengan jiwa yang qudus, keharmonian yang tercetus itu biasanya terhasil dari
ketulusan hati yang menciptanya....

PENGENALAN



Kersani Art adalah blog yang tidak hanya memaparkan seni khat semata-mata, akan tetapi ia lebih daripada itu, ia memaparkan seni zukhruf (iluminasi) asli dari hasil ciptaan saya sendiri...munculnya blog ini adalah semata-mata ingin berkongsi ilmu yang mungkin tidak saya ketahui sebagaimana yang anda tahu, kerana perjalanan saya dalam seni indah ini adalah teramat jauh lagi untuk mencapai tahap yang betul-betul diakiui, kerana bagi saya seni ini tiada berpenghujung dan akan setiasa menuju ke hadapan dan mungkin tidak tercapai oleh saya...setiap hasil karya dan segala aktiviti berkaitan dengan seni ini diharaplah dapat memberi manfaat dan dikongsikan bersama-sama agar ianya akan terus bertambah baik dan memberi manfaat kepada semua orang yang sempat melalui bloger ini, dalam usaha memperkembangkan lagi kesenian unggul yang berunsur dakwah dan juga mendidik keharmonian jiwa menerusi keindahan dari olahan huruf-huruf suci Al-Quran dan ayat sucinya, diindahkan lagi dengan seni hias berkonsepkan kesenian tradisional melayu yang dimujaradkan dalam pelbagai rupa. Diharapka kepada semua yang melayari blog ini dapat memajukan diri saya dengan memberi komentar membina dan mungkin bagi diri kalian juga..sekian.."Barokallahu lakum"
Sunday, April 26, 2020 | By: Kersani Art Studio

Guru Pebimbing

Dari kiri Y.M Syed Ubaidillah, Al-Fadhil Ust Halias, Al-Fadhil Ust Abdul Baki. Mereka merupakan guru yang pernah mengajar saya dalam bidang Khat sehingga ke tahap ini, sehingga sekarang saya masih lagi menuntut dengan mereka dan meminta tunjuk ajar yang sebaiknya daripada mereka. Semoga mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan diberkati sepanjang perjalanan hidupnya...Insya Allah..
Saturday, April 25, 2020 | By: Kersani Art Studio

Veteran Khat Terengganu


Bagi saya, Mereka merupakan orang yang sudah lama berkecimpung dalam seni khat dan telah banyak melalui pelbagai perkara dan pengalaman dalam bidang seni ini...diantara mereka ada yang menjadi pengkilang khat pada seramik, syarikat advertising Khat, dan juga cikgu agama ...selain dari guru yang di atas tadi, saya juga banyak menimba pengalaman bersama mereka dalam pelbagai hal berkenaan dengan ilmu khat...
Thursday, April 23, 2020 | By: Kersani Art Studio

Alat Penulisan

Sememangnya nampak merumitkan bagi yang tidak pernah menggunakan alat penulisan yang dipanggil handam ni... ia berasal dari batang resam yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit, mudah di jumpai, tetapi sangat sukar untuk dapatkan yang terbaik...kalau nak dinisbahkan antara sepuluh pohon, hanya satu pohon yang betul2 elok untuk digunakan, ianya mestilah stright dan tidak terlalu halus atau terlalu kasar, kemudian nak kene jemur sampai betul2 kering, sebab bila dah kering barula nampak ianya boleh pakai atau tidak, ini kerana handam yang tidak berkualiti akan pecah semasa proses pengeringan, semasa merautnya pun mesti nak kene tau cara2 yang betul, kerana keseimbangan bentuk hirisan perlu dititik beratkan untuk mendapat hasil tulisan yang selesa dan baik...
Mula2 menggunkannya memang sangat cerewet dan membosankan, nak kene celup acap kali, kadang2 tu dakwat tak turun atau dakwat terlalu banyak melekat pada pena, tetapi kalau kita tau kendalikannya dengan bancuhan dakwat yang sempurna, kelicinan mata pena dihalusi, sukatan benang sutera atau spam mengikut kesesuaian... saya percaya kalian akan rasa seronok dan merasakan handam ini lebih baik dari pen yang dijual kat kedai dengan harga RM 5.00 dan mudah rosak tu...hinggakan dengan satu batang handam boleh menulis 30 juzuk mus-haf Al-Quran, percaya x percaya...cuba lah sendiri...kerana saya dah alaminya... :-)