Tuesday, December 15, 2009 | By: Kersani Art Studio

Sambutan Jubli Perak M.D.Q

Publish PostKhas untuk Sekolah ku...Maahad Darul Quran RUSILA
Saturday, November 21, 2009 | By: Kersani Art Studio

Karya Manifestasi Seni Khat 2009 (Kanvas Tradisional)

Alhamdulillah... segalanya adalah dariNya... berhasil jugak usaha saya selama ni... tapi memang sangat terkejut... x sangka bleh dapat tempat pertama dalam Manifestasi Seni Khat 2009 kategori kanvas (Tradisional), sebab ramai jugak saingan yang bagi saya semuanya hebat-hebat belaka. Terima kasih kepada semua yang mendorong saya selama ini... Syukron Ilahi... Haza Min Fadhli Robbie..
Tuesday, October 13, 2009 | By: Kersani Art Studio

'Allamal Insaanama Lam Ya'lam


Ni adalah salah satu dari khat Thuluth yang ditulis dan baru sahaja di e-mail kan sebagai panduan untuk saya... hasil karya dari salah seorang guru saya, Syed Ubaidillah, yang sehingga sekarang sy masih menimba banyak ilmu tentang seni khat dan seni khat pada pelbagai media, semoga Allah memberkatinya...
Friday, September 11, 2009 | By: Kersani Art Studio

Santai Sekejap Bersama Marhaban D Astro

Saya Punye...
Ni je la yang termampu dalam 15minit...huh...!!!!!



Saya Punya Juga...
Nak cepat punya pasal...sampai tertinggal huruf lam pada al-mulk...haduuuhh...




Ust Fadil Punya
Memang cantik...tapi takde rezki...



Ust Fadil Jugak
Haaa...cantik kan? sempat pulak dia tu... stress betull..




Ust Nik+Juara+Umrah
Yang ni memang A la...susunan tu yang maut tuuu...



Sebahagian Dari Karya

Karya2 khat dipamerkan bagi sesi penilaian... sengit nya tu boleh tahan la jugak...tapi secara keseluruhannya dah nampak sape yang dapat g umrah...hehehe...



Lagi Sebahagian Dari Karya
Pada mulanya agak susah nak meneka siapa yang bakal jadi juara...tapi bila tengok lame2... baru la dapat agak...tapi tu pun masih keliru lagi...



Dua Penilai
Huh...tengok pengadil pun dah naik pening nak ambil yang mane tuk jadi pemenang... memang nak kena betul-betul teliti...



Pakinson Dibuatnye
Mane tak nye...mase satu jam...tak ade walau sikit pun mase tambahan... siap tak siap, hantar la jugak... vibrate tahap A la kiteee...huhuhu....


Kembali Belajar & Terus Belajar


Latihan Khat Riq'ah
Khat riq'ah ni agak mudah dipelajari, sebab tu kadang-kadang ade guru yang mulakan pembelajaran khat menggunakan khat ni,kerana ia mudah dibentuk dan menjadi laluan utama untuk sampai kepada jenis-jenis khat yang lain.



Latihan Lagi
Kali ni dah masuk 3 kali saya berlajar khat riq'ah dengan berguru dan secara formal, kira mengikut jadual la, tapi semua guru yang berlainan, banyak pulak mazhab yang berbeza, bahkan cukup berbeza, tapi seronok jgk japat tau macam-macam style nih...


Sebahagian Dari Kerja Rumah
Agak sukar untuk mengatur khat ini untuk jadikan ia bertemu tepat pada setiap hujung garisan, maknanya dari awal lagi dah kena fikir dan bayangkan kedudukan huruf... nampak je mudah... tapi nak dapatkan yang betul-betul memuaskan..hurmmm... kene banyak latihan lerrr...



Final Pembelajaran Khat Nasakh

Dah tamat pembelajaran khat nasakh bagi sem ni, mula dari awal balik, alif...ba'...ta... huiii... itu pun susah jugak...dah masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.



Ujian Bulanan Bagi Khat Nasakh

Tamrin ni diadakan sebulan sekali,guru yang mengajar khat nasakh ialah ustaz Yusuf Abu Bakar(Y.D.P Persatuan Khat Malaysia)



Kerja Rumah 1
Kami semua di kehendaki menyalin semula ayat yang terdapat dalam buku kaedah khat karangan Hasyim Mohamad Al-Baghdadi-itu pun masih banyak kene betulkan lagi...tengok la yang huruf warna merah tu...rase cam dah betul...ni la untung nya berguru...



Kerja Rumah 2
Yang ni pun sama la juga, rase seronok mula timbul...bila dah x banyak yang ditegur...maknanya banyak yang dah ok la tu...alhamdulillah...
Sunday, July 19, 2009 | By: Kersani Art Studio

Berkarya Sejenak

Budaya Seni Warisan Melayu Zaman Berzaman


Di tulis pada 28/4/09, menggunakan khat Thulus dan latar yang bercorakkan batik. Komen plez..


Fasjudu Lillahi Wa'budu


Saya tulis khat ni pada akhir tahun 2007, masa tu baru je abis belajar kat Y.R, Banyak kecacatan pada tulisan ni, hurrrmmm...dengan aturan yang tak seimbang, tak padat, dan nampak kurus...hehehe.. lg?



Tabarokasmu Robbika Ziljalaa li Wal-Ikrom



Ayat yang ditulis dengan gaya khat Thulus Jali, dikaryakan pada Julai 2007, ia sebenarnya dibuat sebagai jualan dan di aplikasikan pada pelbagai bahan seperti tembaga, seramik,kayu,cermin,dan lain-lain bahan yang akan dibuat mengikut kehendak tempahan.
contoh yang dipaparkan adalah karya siap pada cermin



Robbi Zidni 'Ilma
Khat ni pun baru ditulis menggunakan khat Thulus, harap bagi komen.




Monday, April 6, 2009 | By: Kersani Art Studio

Wakafa billah-Thulus

Khat ni masih panas lg...baru aje ditulis...menggunakan khat thulus, "wakafa billahi wakila"

Syair Arab - Nasakh

Syair ni aku tls pada tahun lepas jgk..kerana terlalu best dengan intisari die...so aku pun tuliskan la... Syair tu just nak critakan tentang penulisan dan perkara2 yang berkaitan dengannya... jelasnya tulisan yang indah tu bukan setakat bergantung pada si penulis tu saja, akan tetapi kepekat cairan dakwat, asahan pana tu pun memainkan peranan penting dam mengindahkan tulisan khat tu.

Banner-Thulus 'Adi



Sebahagian dari tulisan khat thulus yang sempat dipamerkan...ni tulisan mase taun lepas...macam ade yang tak kene kan...? huh! susah2...
Sunday, April 5, 2009 | By: Kersani Art Studio

Wahua Ma'akum Aina Ma Kuntum

Aku sangat tertarik dengan tulisan ini...tarikannya sungguh meyakinkan dan sangat kreativ, sengaja digunakan dakwat yang agak nipis supaya menampakan gaya tarikan yang tidak ada langsung kesan tuoch-up pada huruf2 nya..kemudian diulang2 perkataan "aina ma kuntum" dalam gaya nasakh yang berbeza2... itu pada firasat aku..mungkin setiap yang melihatnya ada penilaian yang b'beza2... kerana terlalu mengkagumi, aku cuba menulisnya semula dalam gaya khat Thulus mengikut aturan aku sendiri...


Ditulis menggunakan gaya khat Thulus, sesuai untuk printing atau di transfer pada apa jua bahan.

Kad Kawin


Ni bukan untuk sendiri punye..heheh..tapi ni untuk tempahan design kad kawin yang menggunakan tulisan khat...ia dibuat mengikut kehendak tempahan, orang ni just nak simple je..konsep hitam & putih...

Book Mark





Design book mark yang dibuat untuk I.Q Terengganu...untuk tulis name kat belakang..

Doa Pedinding

Khat Nasakh dan Muahaqqaq-
Doa yang diajar kepada nabi Muhammad oleh Jibril untuk menghalau jin dari sudut made pun.

Fatihah Muhaqqaq

Publish PostNi yang dibuat saje2...rase cam dah elok..tapi bila tunjuk kat guru...balambok salah nyee....hurmm...

Ayat 1000 Dinar

Ni Khat yan dibuat pada tahun 2008, bahan yang digunakan adalah cermin dan spray, untuk jualan dan sudah dijual pada seseorang dengan harga RM 1'200, agak mahal kerana ia bukanlah cetakan dan jarang ada pada orang lain desing seperti ini setakat ini hanya dimiliki oleh seorang sahaja kerana beliau menempah mengikut kehendaknya.

Ayat Kursi

Ayat ni bukan sy y tls, ni dari tulisan arab, n harga die same je cam yang 1000 dinar tu,
Saturday, April 4, 2009 | By: Kersani Art Studio

Pertandingan


Prtandingan khat peringkat tertutup Terengganu (Anjuran Muzium Terenganu)

Plug

Design plug cenderahati yang direka untuk Institut Al-Quran Terengganu...ade beberapa contoh design lagi...tapi kelainannya tak banyak, hanya warna dan kedudukan yang diubah.

Ayat 1000 Dinar

Ayat 100 dinar ditulis menggunakan gaya khat Thuluth 'Adi yang dah didesignkan menggunakan program Adobe p/s, untuk cetakan dan sebagainya...masih terdapat banyak kekurangan pada tulisan dah harap diperbetulkan kelemahan...