Monday, April 27, 2020 | By: Kersani Art Studio

PENGENALAN



Kersani Art adalah blog yang tidak hanya memaparkan seni khat semata-mata, akan tetapi ia lebih daripada itu, ia memaparkan seni zukhruf (iluminasi) asli dari hasil ciptaan saya sendiri...munculnya blog ini adalah semata-mata ingin berkongsi ilmu yang mungkin tidak saya ketahui sebagaimana yang anda tahu, kerana perjalanan saya dalam seni indah ini adalah teramat jauh lagi untuk mencapai tahap yang betul-betul diakiui, kerana bagi saya seni ini tiada berpenghujung dan akan setiasa menuju ke hadapan dan mungkin tidak tercapai oleh saya...setiap hasil karya dan segala aktiviti berkaitan dengan seni ini diharaplah dapat memberi manfaat dan dikongsikan bersama-sama agar ianya akan terus bertambah baik dan memberi manfaat kepada semua orang yang sempat melalui bloger ini, dalam usaha memperkembangkan lagi kesenian unggul yang berunsur dakwah dan juga mendidik keharmonian jiwa menerusi keindahan dari olahan huruf-huruf suci Al-Quran dan ayat sucinya, diindahkan lagi dengan seni hias berkonsepkan kesenian tradisional melayu yang dimujaradkan dalam pelbagai rupa. Diharapka kepada semua yang melayari blog ini dapat memajukan diri saya dengan memberi komentar membina dan mungkin bagi diri kalian juga..sekian.."Barokallahu lakum"

0 comments: