Khas untuk Sekolah ku...Maahad Darul Quran RUSILA
Segala Kelebihan Itu Adalah Kurniaan Dari Allah
Pages
Anda Pelawat Yang Ke
Saya d'Facebook
Followers
lawatan ke yayasan restu
Bawak murid2 I.Q ke Yayasan Restu, cz dalam koko dieorang ade subject khat...so kasi suntikan r skit...
Aku & Ust Halias
Mase ni pun kat UDM jgk... nampak sepeseng je...hahaha..
ni mase balar kat yayasan restu
dugaannye memang banyak
Pameran Khat UDM (KUSZA)
Ni both untuk tempahan khat... UDMjemput untuk adakan pemeran khat kat sane, bawah koko khat sane la...dikepalai oleh Guru mereka iaitu ustaz Halias yang juga aku anggap sebagai guruku dalam seni khat...tu ade kt ujung belah kanan tu...tak brape nk nampak..heheh...
Gambar bersama peserta
Ust Jainal Sakiban pn ade same
menyiapkan hasil seni
ni pun masih d johor,pengarah program kiri dan peserta kanan, same-same tlg siapkan keje..
Bengkel Khat Dan Kraf 2008
anjuran Yayasan Warisan Johor
Pertandingan Khat KEMAS
Aku, Syed Omar dan Zafuan...ketika menghakimi satu pertandingan anjuran KEMAS di Kompleks Taman Budaya Terengganu( KEKWA )
Blog Rangkaian
-
-
Kesani Poster13 years ago
Karya Manifestasi Seni Khat 2009 (Kanvas Tradisional)
'Allamal Insaanama Lam Ya'lam

Ni adalah salah satu dari khat Thuluth yang ditulis dan baru sahaja di e-mail kan sebagai panduan untuk saya... hasil karya dari salah seorang guru saya, Syed Ubaidillah, yang sehingga sekarang sy masih menimba banyak ilmu tentang seni khat dan seni khat pada pelbagai media, semoga Allah memberkatinya...
Santai Sekejap Bersama Marhaban D Astro
Saya Punye...
Ust Fadil Jugak
Sebahagian Dari Karya
Lagi Sebahagian Dari Karya
Dua Penilai
Pakinson Dibuatnye
Kembali Belajar & Terus Belajar
Khat riq'ah ni agak mudah dipelajari, sebab tu kadang-kadang ade guru yang mulakan pembelajaran khat menggunakan khat ni,kerana ia mudah dibentuk dan menjadi laluan utama untuk sampai kepada jenis-jenis khat yang lain.
Kali ni dah masuk 3 kali saya berlajar khat riq'ah dengan berguru dan secara formal, kira mengikut jadual la, tapi semua guru yang berlainan, banyak pulak mazhab yang berbeza, bahkan cukup berbeza, tapi seronok jgk japat tau macam-macam style nih...Sebahagian Dari Kerja Rumah
Agak sukar untuk mengatur khat ini untuk jadikan ia bertemu tepat pada setiap hujung garisan, maknanya dari awal lagi dah kena fikir dan bayangkan kedudukan huruf... nampak je mudah... tapi nak dapatkan yang betul-betul memuaskan..hurmmm... kene banyak latihan lerrr...
Agak sukar untuk mengatur khat ini untuk jadikan ia bertemu tepat pada setiap hujung garisan, maknanya dari awal lagi dah kena fikir dan bayangkan kedudukan huruf... nampak je mudah... tapi nak dapatkan yang betul-betul memuaskan..hurmmm... kene banyak latihan lerrr...Final Pembelajaran Khat Nasakh
Dah tamat pembelajaran khat nasakh bagi sem ni, mula dari awal balik, alif...ba'...ta... huiii... itu pun susah jugak...dah masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.Ujian Bulanan Bagi Khat Nasakh
Tamrin ni diadakan sebulan sekali,guru yang mengajar khat nasakh ialah ustaz Yusuf Abu Bakar(Y.D.P Persatuan Khat Malaysia)Kerja Rumah 1
Kami semua di kehendaki menyalin semula ayat yang terdapat dalam buku kaedah khat karangan Hasyim Mohamad Al-Baghdadi-itu pun masih banyak kene betulkan lagi...tengok la yang huruf warna merah tu...rase cam dah betul...ni la untung nya berguru...
Kami semua di kehendaki menyalin semula ayat yang terdapat dalam buku kaedah khat karangan Hasyim Mohamad Al-Baghdadi-itu pun masih banyak kene betulkan lagi...tengok la yang huruf warna merah tu...rase cam dah betul...ni la untung nya berguru... Berkarya Sejenak
Budaya Seni Warisan Melayu Zaman Berzaman

Saya tulis khat ni pada akhir tahun 2007, masa tu baru je abis belajar kat Y.R, Banyak kecacatan pada tulisan ni, hurrrmmm...dengan aturan yang tak seimbang, tak padat, dan nampak kurus...hehehe.. lg?


Di tulis pada 28/4/09, menggunakan khat Thulus dan latar yang bercorakkan batik. Komen plez..
Fasjudu Lillahi Wa'budu

Saya tulis khat ni pada akhir tahun 2007, masa tu baru je abis belajar kat Y.R, Banyak kecacatan pada tulisan ni, hurrrmmm...dengan aturan yang tak seimbang, tak padat, dan nampak kurus...hehehe.. lg?Tabarokasmu Robbika Ziljalaa li Wal-Ikrom

Ayat yang ditulis dengan gaya khat Thulus Jali, dikaryakan pada Julai 2007, ia sebenarnya dibuat sebagai jualan dan di aplikasikan pada pelbagai bahan seperti tembaga, seramik,kayu,cermin,dan lain-lain bahan yang akan dibuat mengikut kehendak tempahan.
contoh yang dipaparkan adalah karya siap pada cermin
Robbi Zidni 'Ilma

Khat ni pun baru ditulis menggunakan khat Thulus, harap bagi komen.
Syair Arab - Nasakh
Syair ni aku tls pada tahun lepas jgk..kerana terlalu best dengan intisari die...so aku pun tuliskan la... Syair tu just nak critakan tentang penulisan dan perkara2 yang berkaitan dengannya... jelasnya tulisan yang indah tu bukan setakat bergantung pada si penulis tu saja, akan tetapi kepekat cairan dakwat, asahan pana tu pun memainkan peranan penting dam mengindahkan tulisan khat tu.
Banner-Thulus 'Adi



Sebahagian dari tulisan khat thulus yang sempat dipamerkan...ni tulisan mase taun lepas...macam ade yang tak kene kan...? huh! susah2...
Wahua Ma'akum Aina Ma Kuntum

Aku sangat tertarik dengan tulisan ini...tarikannya sungguh meyakinkan dan sangat kreativ, sengaja digunakan dakwat yang agak nipis supaya menampakan gaya tarikan yang tidak ada langsung kesan tuoch-up pada huruf2 nya..kemudian diulang2 perkataan "aina ma kuntum" dalam gaya nasakh yang berbeza2... itu pada firasat aku..mungkin setiap yang melihatnya ada penilaian yang b'beza2... kerana terlalu mengkagumi, aku cuba menulisnya semula dalam gaya khat Thulus mengikut aturan aku sendiri...
Kad Kawin
Doa Pedinding
Fatihah Muhaqqaq
Publish Post
Ni yang dibuat saje2...rase cam dah elok..tapi bila tunjuk kat guru...balambok salah nyee....hurmm...
Ni yang dibuat saje2...rase cam dah elok..tapi bila tunjuk kat guru...balambok salah nyee....hurmm...
Ayat 1000 Dinar
Ni Khat yan dibuat pada tahun 2008, bahan yang digunakan adalah cermin dan spray, untuk jualan dan sudah dijual pada seseorang dengan harga RM 1'200, agak mahal kerana ia bukanlah cetakan dan jarang ada pada orang lain desing seperti ini setakat ini hanya dimiliki oleh seorang sahaja kerana beliau menempah mengikut kehendaknya.
Plug
Ayat 1000 Dinar
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- Kersani Art Studio
- Marang, Terengganu, Malaysia
- Mula berjinak dalam kegiatan seni khat pada tahun 2003... dan dimajukan lagi dengan melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pembelajaran seni khat Malaysia iaitu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor (Yayasan Restu) di bawah pengurusan Kolej Restu selama dua tahun bagi peringkat persijilan pada tahun 2007 di bawah tajaan Kerajaan Negeri Terengganu. Setelah tamat pengajian... saya ditawarkan untuk bekerja di INSTITUT AL_QURAN TERENGGANU (I.Q.T) sebagai pereka seni khat disamping menjadi tenaga pengajar bagi subjek khat di sana selama satu tahun lebih... kemudian menamatkan perkhidmatan di sana dan pada tanggal 19/5/2009 saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan DIPLOMA SENI MUSHAF di Kolej Restu Selangor dalam tempoh 2 tahun stengah... Sehingga sekarang saya masih lagi belajar dengan beberapa penggiat seni khat yang terkenal seperti Y.M Syed Ubaidillah, Al-Fadhil Ust Halias, Ust Abd Baki, Ust Fadhil Sulaiman dan berjalan seiringan bersama perintis seni khat seusia dalam memantapkan lagi tahap penulisan yang benar-benar diakui mengikut mazhab khat yang terkemuka dunia.
Jom Sembang
Rangkaian Khatat
-
ZIKRULLAH - ZIKRULLAH Dalam Hiasan Lanskap “Zikir di Mana Saja, Bila-Bila Masa” Di kegelapan malam, pandangan tertancap pada lafaz suci Allah yang terpahat indah di di...9 months ago
-
TAHIYYAH TOYYIBAH - Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan. Seni khat merupakan satu keindahan yang terhasil daripada gabungan huruf-huruf al-Quran yang p...5 years ago
-
Al-Tijarah Capital TV - Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh, Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya berpeluang juga untuk kemaskini blog dengan aktiviti...8 years ago
-
SENI KHAT : KEDIAMAN EN. AZIZAN CHANGLUN KEDAH - TASBIH TAHMID TAHLIL Saiz : 2'x3' Material : stretch canvas Harga : RM 600 Whatsapp : 011151574319 years ago
-
-
-
-
-












