Friday, September 11, 2009 | By: Kersani Art Studio

Kembali Belajar & Terus Belajar


Latihan Khat Riq'ah
Khat riq'ah ni agak mudah dipelajari, sebab tu kadang-kadang ade guru yang mulakan pembelajaran khat menggunakan khat ni,kerana ia mudah dibentuk dan menjadi laluan utama untuk sampai kepada jenis-jenis khat yang lain.



Latihan Lagi
Kali ni dah masuk 3 kali saya berlajar khat riq'ah dengan berguru dan secara formal, kira mengikut jadual la, tapi semua guru yang berlainan, banyak pulak mazhab yang berbeza, bahkan cukup berbeza, tapi seronok jgk japat tau macam-macam style nih...


Sebahagian Dari Kerja Rumah
Agak sukar untuk mengatur khat ini untuk jadikan ia bertemu tepat pada setiap hujung garisan, maknanya dari awal lagi dah kena fikir dan bayangkan kedudukan huruf... nampak je mudah... tapi nak dapatkan yang betul-betul memuaskan..hurmmm... kene banyak latihan lerrr...



Final Pembelajaran Khat Nasakh

Dah tamat pembelajaran khat nasakh bagi sem ni, mula dari awal balik, alif...ba'...ta... huiii... itu pun susah jugak...dah masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.



Ujian Bulanan Bagi Khat Nasakh

Tamrin ni diadakan sebulan sekali,guru yang mengajar khat nasakh ialah ustaz Yusuf Abu Bakar(Y.D.P Persatuan Khat Malaysia)



Kerja Rumah 1
Kami semua di kehendaki menyalin semula ayat yang terdapat dalam buku kaedah khat karangan Hasyim Mohamad Al-Baghdadi-itu pun masih banyak kene betulkan lagi...tengok la yang huruf warna merah tu...rase cam dah betul...ni la untung nya berguru...



Kerja Rumah 2
Yang ni pun sama la juga, rase seronok mula timbul...bila dah x banyak yang ditegur...maknanya banyak yang dah ok la tu...alhamdulillah...

2 comments:

R3alfarhha said...

"Di sebalik kepayahan, di situlah ada kekuatan"
apa juga yang ditempuh,moga-moga ia menambah kesedaran untuk memperkasakan iman...moga ust shafiq terus success...

Kersani Art Studio said...

"barokallahu fih" insyallah...terimakasih cz doakan tuk sy..moga awk juga berjaya dalam hidup awkkk....