Latihan Khat Riq'ahKhat riq'ah ni agak mudah dipelajari, sebab tu kadang-kadang ade guru yang mulakan pembelajaran khat menggunakan khat ni,kerana ia mudah dibentuk dan menjadi laluan utama untuk sampai kepada jenis-jenis khat yang lain.
Latihan LagiKali ni dah masuk 3 kali saya berlajar khat riq'ah dengan berguru dan secara formal, kira mengikut jadual la, tapi semua guru yang berlainan, banyak pulak mazhab yang berbeza, bahkan cukup berbeza, tapi seronok jgk japat tau macam-macam style nih...
Sebahagian Dari Kerja Rumah
Agak sukar untuk mengatur khat ini untuk jadikan ia bertemu tepat pada setiap hujung garisan, maknanya dari awal lagi dah kena fikir dan bayangkan kedudukan huruf... nampak je mudah... tapi nak dapatkan yang betul-betul memuaskan..hurmmm... kene banyak latihan lerrr...
Final Pembelajaran Khat Nasakh
Dah tamat pembelajaran khat nasakh bagi sem ni, mula dari awal balik, alif...ba'...ta... huiii... itu pun susah jugak...dah masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Ujian Bulanan Bagi Khat Nasakh
Tamrin ni diadakan sebulan sekali,guru yang mengajar khat nasakh ialah ustaz Yusuf Abu Bakar(Y.D.P Persatuan Khat Malaysia)
Kerja Rumah 1Kami semua di kehendaki menyalin semula ayat yang terdapat dalam buku kaedah khat karangan Hasyim Mohamad Al-Baghdadi-itu pun masih banyak kene betulkan lagi...tengok la yang huruf warna merah tu...rase cam dah betul...ni la untung nya berguru...
Kerja Rumah 2Yang ni pun sama la juga, rase seronok mula timbul...bila dah x banyak yang ditegur...maknanya banyak yang dah ok la tu...alhamdulillah...